Ahad, 1 September 2013

Pembiakan haiwan


Seperti manusia juga,haiwan mempunyai cara pembiakan untuk menambahkan lagi keturunan mereka. Antara cara-cara pembiakan haiwan adalah melalui:

1. Beranak
Haiwan yang beranak adalah haiwan yang menjaga anaknya, memberi anaknya susu dan makanan. Terdapat haiwan yang beranak seekor dan ada juga yang beranak lebih daripada seekor. Antara contohnya ialah :
Gajah, kucing, kambing, harimau dan banyak lagi.
2. Bertelur
Pembiakan secara bertelur :
Haiwan yang membiak secara bertelur biasanya akan menyembunyikan telurnya untuk memastikan telurnya selamat, menjaga telurnya dengan baik dan bertelur dalam kuantiti yang banyak untuk memastikan pembiakannya membiak dengan baik.
Antara contoh-contoh haiwan yang membiak secara bertelur ialah :
Burung, penguin, penyu, ular, ayam dan banyak lagi .






Disini kami menyediakan satu cerita yang bertajuk "Anak kambing mencari ibunya" untuk adik-adik lebih mengenal pasangan ibu dan anak dengan lebih mendalam.





Sabtu, 31 Ogos 2013

Jom mengenal haiwan..


Jom nyanyi!!!...









Mari kita menyanyi dan belajar melukis haiwan


 
Jom lukis..(ikan)

next adalah gambar semut.Amat mudah..cubalah!!!



jom lukis...(semut)


Buat adik2 yang tidak dapat melukis gambar semut di atas,adik boleh mencuba lukis gambar semut di bawah.Senang je...cubalah...



cara mudah melukis semut...


JOM NYANYI!!!


mari menyanyi bersama-sama...















Jumaat, 23 Ogos 2013

Haiwan jinak

Aku seekor kucing. Namaku kiki. Aku tergolong dalam kumpulan haiwan jinak.


Aku dipelihara oleh manusia di dalam sebuah rumah, dan disediakan satu tempat tidur yang selesa.

















Pada waktu siang tuan ku akan membiarkan aku bebas bermain diluar. Aku mempunyai ramai kawan kucing yang lain.
























Ada juga kawanku yang tinggal di dalam sangkar.




Tuan ku amat sayang padaku. Setiap hari aku dibelai dan dimanja.





Makanan kegemaranku adalah ikan,




 tikus




 dan kadang-kadang tuan ku memberi aku makan whiskers.




Nyummy, sedapnya!

aku juga diberi minum susu untuk aku sentiasa sihat dan kuat.


Kulitku ditutupi oleh bulu yang sangat lembut. Sekiranya aku tiada bulu, aku akan kesejukan.



Manakala, kuku dan gigi ku amat tajam, untuk memudahkan aku menangkap tikus.

Tuan ku selalu membersihkan aku supaya aku sentiasa kelihatan bersih dan wangi.




 Disebabkan itu, aku amat menyayangi tuan ku... I love my master ♡♥♡



Jom kita nyanyi





Kenali haiwan

Assalamualaikum, kepada semua pembaca. Berjumpa lagi kita. Dalam ruangan ini kami ingin menceritakan tentang jenis-jenis haiwan yang pelbagai mengikut kategori tertentu.


 Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam ini. Kita boleh mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya yang sama. Sifat haiwan merujuk kepada sifat luaran yang dapat dilihat pada haiwan itu. Sifat fizikal haiwan termasuk :
berbulu, berbulu pelepah, bersisik, berkaki, bercangkerang dan berkepak.






Haiwan terbahagi kepada dua jenis, iaitu :
1) Haiwan jinak
2) Haiwan liar



Contoh-contoh haiwan jinak.
1. Haiwan peliharaan
2. Haiwan ternakan





          






               


           




                          







Contoh-contoh haiwan liar.










Daripada yang kita paham, haiwan diatas adalah antara contoh-contoh haiwan jinak dan haiwan liar. Haiwan jinak mempunyai dua jenis iaitu haiwan peliharaan dan haiwan ternakan.

Haiwan peliharaan ialah haiwan yang jinak. Ia dijaga dengan baik didalam rumah dan diberikan makanan dan minuman yang mencukupi. Antara contoh nlain haiwan peliharaan ialah :
  • Kucing.
  • Arnab.
  • hamster.
  • Ikan emas
  • Ikan laga.



Haiwan ternakan ialah haiwan yang dijaga di kebun dan tinggal didalam kandang. Penternak akan memberi haiwan ternakannya makanan untuk memastikan haiwan ternakannya sentiasa sihat dan membiak.
Antara contoh lain haiwan ternakan ialah :
  • Kambing.
  • Itik.
  • Angsa.
  • Ikan air tawar.


Seterusnya haiwan liar. Haiwan liar tinggal di dalam hutan. Kebanyakan haiwan liar adalah haiwan yang ganas. Ia mempunyai kuku dan taring yang tajam untuk memudahkannya menangkap mangsa. Antara contoh-contoh lain haiwan liar adalah :
  • Kelawar.
  • Harimau.
  • Ular.
  • Burung hantu.
  • Helang.
Semoga ilmu yang dikongsi oleh kami dapat membantu pembaca mengenal jenis-jenis haiwan dengan lebih mendalam. Jumpa lagi!

SEKIAN......

Jumaat, 19 Julai 2013

Blog kami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Untuk pengetahuan semua, blog ni ditakbir oleh Norkamilah binti Masri dan sahabat tersayang Nor Faiqah binti Azizan. Harap semoga blog ni dapat membantu  dan memberi manfaat kepada semua pengunjung blog kami.




SEBARANG KOMEN DAN CADANGAN AMAT DIALU-ALUKAN untuk penambahbaikan blog ini..

Kecil tapak tangan,
Nyiru kami tadahkan..


Terima kasih..